Sunday, January 31, 2010

Persediaan Awal :

Tugas ibu bapa membesarkan anak-anaknya dengan didikan sempurna serta menyara ahli keluarga. Tugas seorang guru adalah mendidik anak watannya agar berilmu serta mencapai kejayaan dalam pelajaran, seterusnya menjadi insan berguna. Tugas Seorang pelajar pula.., adalah semestinya belajar dengan bersungguh-sungguh, tanpa sebarang rasa putus-asa, mahupun bersifat culas. Belajar dengan penuh tekun..dan belajarlah dengan 'smart', bukan melulu tanpa ada perancangan .

Sehubungan itu, untuk mencapai kejayaan, perlu langkah awal.. Rata-rata subjek yang ditawarkan dalam SPM memerlukan pelajar melakukan kerja kursus\amali atau kerja lapangan. Tugas tersebut memakan selama 2 tahun (tingktan 4&5). Namun terdapat juga tugasan tersebut mengikut tingkatan..Begitu juga dengan mata pelajaran Pengetahuan Moral (Pendidikan Moral)..yang telah menetapkan kerja kursus yang perlu disiapkan untuk tempoh 2 tahun.

Tempoh 2 tahun menyebabkan para pelajar serta guru mata pelajaran mengambil mudah akan perlaksanaannya. Ini bermaksud terdapat segelintir pelajar yang tidak menyiapkan kerja kursus mereka semasa tingkatan 4. Natijahnya apabila berada di tingkatan 5, mereka mula tercari-cari bahan untuk dijadikan folio. Begitu juga dengan guru-guru. Terdapat segelintir guru yang tidak memastikan pelajar mereka menyiapkan atau menghantar bahan untuk diselia dan dikumpulkan. Natijahnya, apabila pelajar berada dalam tingkatan 5, dan bertukar guru mata pelajaran..., masalah mula timbul. Guru mata pelajaran PM tingkatan 5 tersebut terpaksa bekerja keras memastikan para pelajar di bawah seliaannya menyiapkan semua tugasan yang mencakupi tingkatan 4&5.

Oleh itu untuk kebaikan diri pelajar..serta melicinkan tugas guru..,kerjasama semua amat diperlukan. Tugasan dan kerja amal perlu dijalankan mengikut tahun atau ketetapan setiap sekolah. Contohnya Tugasan Harian (penulisan esei) tidak dihadkan jumlah untuk dihantar bagi setiap tahun. Namun untuk mudah diselia atau direkodkan, para pelajar perlu menghantar sekurang-kurangnya 4 tugasan semasa tingkatan 4 dan 4 tugasan semasa tingkatan 5. Sekiranya pelajar ingin menghantar lebih daripada 4 tugasan semasa tingkatan 4, tindakan tersebut amat digalakkan.

Bagi Laporan Kerja Amal pelajar perlu menyediakan 4 buah laporan, iaitu 2 buah laporan semasa tingkatan 4 dan 2 buah semasa tingkatan 5. Oleh itu perkara ini perlu diambil berat oleh para pelajar serta guru-guru. Guru perlu memastikan para pelajar menghantar 2 buah laporan semasa tingkatan 4. Pelajar digalakkan menghantar lebih laporan bagi tujuan pemilihan laporan yang terbaik untuk difoliokan. Ini bermakna jika pelajar mempunyai laporan lebih dari 4, mereka boleh memilih laporan paling baik serta memilih laporan yang paling lengkap dengan bukti-bukti kukuh. Laporan selebihnya masih boleh disertakan dalam folio. (bagi lebih,.. lebih baik)

Perlu diingat!! laporan perlu menepati kriterianya iaitu 2buah laporan alam sekitar, sebuah laporan kekeluargaan, dan sebuah laporan perkembangan diri. Namun jika setelah berada dalam tingkatan 5..pelajar masih bermasalah untuk menepati ciri ini..mereka boleh menghantar mengikut "apa yang ada".. namun pemarkahan akan dilakukan berdasarkan syarat yang ditetapkan..Dengan kata yang lebih mudah..hantarlah apa yang ada..anda akan dinilai berdasarkan apa yang ada! :P

Jangan Panik..Untuk Dapat A sangat2 mudah..untuk dapat B Sangat..mudah untuk dapat Gred C jarang sekali.

Justeru itu Untuk Skor A pastikan bahan menepati kriteria, lengkap bukti2, pengesahan\ akuan yang ditandatangani..esei yang panjangnya mencukupi syarat..serta difoliokan dengan baik dan kemas.. TENTU AJA DAPAT A.

Para pelajar dinasihatkan, rajin2lah bertanya, jika kurang pasti dengan aktiviti kerja amal yang dilaksanakan. Ada kala pelajar bermasalah untuk mengenalpasti bidang pembelajaran bagi setiap aktiviti kerja amal yang dilakukan. Pelajar juga perlu take note dengan setiap penerangan guru berkaitan kerja kursus ini. Ini untuk mengelakkan pelajar.. bertanya perkara yang sama berulang-kali. Sebagai contoh bertanya..jumlah esei dan jumlah laporan yang perlu disiapkan , berulang- kali pada setiap bulan atau tahun. Itu sifat tidak CAKNA atau TIDAK Mahu ambil Berat.. ! Untuk berjaya sikap negatif sebegini perlu dikikis sama sekali.


Sekian..harap Maklum!
Selamat Berjaya..Melaksanakan Tugas Anda..

No comments:

Post a Comment