Sunday, April 4, 2010

TAHNIAH WARGA SMKKM

Keputusan SPM 2009 terkini sangat memberangsangkan ..tahniah buat warga SMKKM khususnya untuk para pelajar PM 2009 serta para guru yang telah bertungkus-lumus menaikkan keputusan PM ini.

Tahun terakhir memegang kerusi KEtua Panitia PM..semestinya ditinggalkan dengan keputusan serta kenangan yang terindah. Harapan bagi masa-masa akan datang, keputusan PM akan betambah baik..dan seterusnya sifar gagal. :)

Bukan mudah untuk mendapat keputusan sebegitu,..Ini kerana tahap perkembangan serta pencapaian para pelajar bagi tiap tahun adalah berbeza2.. Namun pada tahun 2009 dapat dilihat pelajar bermotivasi serta memberi kerjasama yang baik dalam setiap aktiviti dianjurkan oleh Panitia.

Kelas tambahan terancanng tahun lalu diadakan mengikut tahap pencapaian pelajar, di mana para pelajar digabungkan antara kelas yang mendapat skor tertentu. Walaupun kehadiran bagi kelas tambahan kurang mendapat sambutan namun..Aktiviti pecutan SPM yang diadakan khusus bagi subjek ini ..mendapat sambutan yang baik. Hampir 90% pelajar hadir semasa pecutan dijalankan.

Aktiviti terakhir yang diadakan ialah teknik menjawab PM anjuran UBK. Terima kasih pihak UBK kerana telah menjemput penceramah daripada SMK st Peter Kudat..untuk memberi input kepada para pelajar.

Cara ini dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar terhadap teknik yang telah diajar oleh guru-guru.

Tahniah sekali lagi buat warga SMMKM atas pencapaian keputusan SPM yang cemerlang.. bukan sahaja PM tapi BM juga mendapat A seramai 58 orang.

Tahun ini merupakan tahun cabaran..dimana semua guru adalah 'orang baru'. Semua perlu kerja keras..!! SELAMAT Maju jaya >>>>>>

No comments:

Post a Comment