Sunday, January 31, 2010

Persediaan Awal :

Tugas ibu bapa membesarkan anak-anaknya dengan didikan sempurna serta menyara ahli keluarga. Tugas seorang guru adalah mendidik anak watannya agar berilmu serta mencapai kejayaan dalam pelajaran, seterusnya menjadi insan berguna. Tugas Seorang pelajar pula.., adalah semestinya belajar dengan bersungguh-sungguh, tanpa sebarang rasa putus-asa, mahupun bersifat culas. Belajar dengan penuh tekun..dan belajarlah dengan 'smart', bukan melulu tanpa ada perancangan .

Sehubungan itu, untuk mencapai kejayaan, perlu langkah awal.. Rata-rata subjek yang ditawarkan dalam SPM memerlukan pelajar melakukan kerja kursus\amali atau kerja lapangan. Tugas tersebut memakan selama 2 tahun (tingktan 4&5). Namun terdapat juga tugasan tersebut mengikut tingkatan..Begitu juga dengan mata pelajaran Pengetahuan Moral (Pendidikan Moral)..yang telah menetapkan kerja kursus yang perlu disiapkan untuk tempoh 2 tahun.

Tempoh 2 tahun menyebabkan para pelajar serta guru mata pelajaran mengambil mudah akan perlaksanaannya. Ini bermaksud terdapat segelintir pelajar yang tidak menyiapkan kerja kursus mereka semasa tingkatan 4. Natijahnya apabila berada di tingkatan 5, mereka mula tercari-cari bahan untuk dijadikan folio. Begitu juga dengan guru-guru. Terdapat segelintir guru yang tidak memastikan pelajar mereka menyiapkan atau menghantar bahan untuk diselia dan dikumpulkan. Natijahnya, apabila pelajar berada dalam tingkatan 5, dan bertukar guru mata pelajaran..., masalah mula timbul. Guru mata pelajaran PM tingkatan 5 tersebut terpaksa bekerja keras memastikan para pelajar di bawah seliaannya menyiapkan semua tugasan yang mencakupi tingkatan 4&5.

Oleh itu untuk kebaikan diri pelajar..serta melicinkan tugas guru..,kerjasama semua amat diperlukan. Tugasan dan kerja amal perlu dijalankan mengikut tahun atau ketetapan setiap sekolah. Contohnya Tugasan Harian (penulisan esei) tidak dihadkan jumlah untuk dihantar bagi setiap tahun. Namun untuk mudah diselia atau direkodkan, para pelajar perlu menghantar sekurang-kurangnya 4 tugasan semasa tingkatan 4 dan 4 tugasan semasa tingkatan 5. Sekiranya pelajar ingin menghantar lebih daripada 4 tugasan semasa tingkatan 4, tindakan tersebut amat digalakkan.

Bagi Laporan Kerja Amal pelajar perlu menyediakan 4 buah laporan, iaitu 2 buah laporan semasa tingkatan 4 dan 2 buah semasa tingkatan 5. Oleh itu perkara ini perlu diambil berat oleh para pelajar serta guru-guru. Guru perlu memastikan para pelajar menghantar 2 buah laporan semasa tingkatan 4. Pelajar digalakkan menghantar lebih laporan bagi tujuan pemilihan laporan yang terbaik untuk difoliokan. Ini bermakna jika pelajar mempunyai laporan lebih dari 4, mereka boleh memilih laporan paling baik serta memilih laporan yang paling lengkap dengan bukti-bukti kukuh. Laporan selebihnya masih boleh disertakan dalam folio. (bagi lebih,.. lebih baik)

Perlu diingat!! laporan perlu menepati kriterianya iaitu 2buah laporan alam sekitar, sebuah laporan kekeluargaan, dan sebuah laporan perkembangan diri. Namun jika setelah berada dalam tingkatan 5..pelajar masih bermasalah untuk menepati ciri ini..mereka boleh menghantar mengikut "apa yang ada".. namun pemarkahan akan dilakukan berdasarkan syarat yang ditetapkan..Dengan kata yang lebih mudah..hantarlah apa yang ada..anda akan dinilai berdasarkan apa yang ada! :P

Jangan Panik..Untuk Dapat A sangat2 mudah..untuk dapat B Sangat..mudah untuk dapat Gred C jarang sekali.

Justeru itu Untuk Skor A pastikan bahan menepati kriteria, lengkap bukti2, pengesahan\ akuan yang ditandatangani..esei yang panjangnya mencukupi syarat..serta difoliokan dengan baik dan kemas.. TENTU AJA DAPAT A.

Para pelajar dinasihatkan, rajin2lah bertanya, jika kurang pasti dengan aktiviti kerja amal yang dilaksanakan. Ada kala pelajar bermasalah untuk mengenalpasti bidang pembelajaran bagi setiap aktiviti kerja amal yang dilakukan. Pelajar juga perlu take note dengan setiap penerangan guru berkaitan kerja kursus ini. Ini untuk mengelakkan pelajar.. bertanya perkara yang sama berulang-kali. Sebagai contoh bertanya..jumlah esei dan jumlah laporan yang perlu disiapkan , berulang- kali pada setiap bulan atau tahun. Itu sifat tidak CAKNA atau TIDAK Mahu ambil Berat.. ! Untuk berjaya sikap negatif sebegini perlu dikikis sama sekali.


Sekian..harap Maklum!
Selamat Berjaya..Melaksanakan Tugas Anda..

Thursday, January 28, 2010

Jaga adik (kekeluargaaN)
Kawad (P.diri)

Perkhemahan (p.diri)



jaga adik (kekeluargaan)

Kawad\petugas (p.diri)

G.royong (alam sekitar)

Displin\kawad (p.Diri)


Aktiviti Kepimpinan dan Disiplin diri




Contoh Gambar aktiviti Kerja Amal

KERTAS DUA (1225\2) PENDIDIKAN MORAL

3 ELEMEN PENTING
1. PENILAIAN ATAU LAPORAN SAHSIAH

2. PENULISAN TUGASAN HARIAN (ESEI)

3. LAPORAN AKTIVITI\ PROJEK\ KERJA AMAL

- DIJALANKAN UNTUK TEMPOH 2 TAHUN (TG4 & TG5) SEBANYAK 4 LAPORAN



1. PENILAIAN SAHSIAH


DIlakukan secara pemerhatian dan laporan leh guru m\p.
Bertanya guru kelas\guru m\p lain.
Tingkatan 4 3X penilaian
Tingkatan 5 2X shj
Guru akan Lengkapkan jumlah markah diperolehi dlm ruangan disediakan.

2. PENULISAN TUGASAN HARIAN (ESEI)

8 penulisan esei;
- sekurang-kurangnya 4 esei disiapkan semasa tingkatan 4, & 4 tgktn 5.
- Sepanjang 250 pth perkataan ke atas.
- Ditulis tangan bkn taip
- Tajuk bebas atau guna soalan yg telah diedarkan, atau
- Laporan hasil kerja amal, mendapat maklumat dari perpustakaan, buat rencana
tentang kegiatan sosial masyarakat dll berkait dgn Pemb Pend. Moral.
- Tugasan berasaskan nilai yg ingin dikesan dan dikaitkan dgn isu semasa
- Tugasan mengutamakan penghayatan, kesedaran &kesefahaman tentg nilai, pemikiran yg
rasional, & pertimbangan moral.
- Boleh dijalankan bila2 masa.
- Tulis dlm kertas A4

3. LAPORAN AKTIVITI\ PROJEK\ KERJA AMAL\

- meliputi 3 bidang pembelajaran sahaja iaitu :
a. Perkembangan diri =Laporan + 1\2 Keping Gambar+ Sijil\ Surat Akuan + Lain2 Bukti
b. Kekeluargaan = Laporan + 1\2 Keping Gambar+ Sijil\ Surat Akuan + Lain2 Bukti
c. Alam Sekitar = Laporan + 1\2 Keping Gambar+ Sijil\ Surat Akuan + Lain2 Bukti
d. Alam Sekitar = Laporan + 1\2 Keping Gambar+ Sijil\ Surat Akuan + Lain2 Bukti

- - CONTOH KERJA AMAL :
Gotong-royong membersih kwsn sekolah
Mengindahkan kawasan spt sekolah\ tmn perumahan\tmn knk2\tmpt awam\ dll
Membimbing rakan yg lemah dlm pelajaran\ permainan
Mengumpul bhn bacaan utk perpustakaan, ubk dll
Kerja amal dirumah org tua, oku, dll
Bantu ibu bapa
Dll kerja yg memberi kebaikan kpd msyrkt
Petugas am, dll

Cara menyediakan:
2 dijalankan semasa tingkatan 4, DAN 2 lagi tingkatan 5.
Laporan dlm format BM ,
Menyatakan kesimpulan, pengajaran, peranan pelajar dlm aktiviti tersebut.
Rujuk panduan menyediakan laporan kerja amal diedar kpd guru.
Guru perlu menyemak, menyelia hasil kerja pelajar dan menyimpan dlm fail khas
Perlu diadakan 2 buah semasa tingkatan 4..dan 2 lagi tingkatan 5 ***

Wednesday, January 6, 2010

Selamat Tahun Baru..

Walau dah nak seminggu 2010 berlalu, namun masih sempat lagi utk mengucapkan selmat thn baru..buat semua warga pendidik mahupun para pelajar dikasihi. Moga lebih bersemangat menghadapi..cabaran tahun ni.

1hb..kalau tak silap ada gerhana bulan..itu la..tirai pembuka..tahun penuh misteri lagi..

Yang dah tak misteri..selaku panitia moral..segalanya tinggal kenangan la...10 tahun mengajar pendidikan moral..dan akhirnya..terpaksa jua..melepaskan ia kepada rakan lain..jadi panitia baru ja..tak sampai 2thn lbh ja kot..

Perlu tumpu pada Bahasa Melayu form6..Dalam fasa peralihan lagi..
Pengganti baharu..hopefully la yang berpengalaman..asyik orang baru ja..bila nak mantapnya sunbjk ni.

Berdebar nantikan keluaran spm 2009..tahun terakhir..bersama PM. Rindu..sedih pun ada.