Thursday, May 6, 2010

Kusus dalaman

ari tuh..ada dah buat kursus dalaman untuk para guru smkkm..bulan Mac, tapi kehadiran kurang menggalakkan.. Kumpulan sasarannya ialah untuk guru baharu yang pastinya masih dahagakan input. :)

Mybe kelemahan pada aktiviti ini timing perlaksanaannya kurang tepat. Masa ni, guru-guru banyak tiada disekolah kerana terlibat dalam tugas luar atau tugas kokurikulum..seperti sukan daerah, mengiring pelajar untuk pertandingan2 tertentu. Namun bulan 3 merupakan stu tarikh yang agak lewat untuk mengadakan sesuatu kursus dalaman yang melibatkan perlaksanan PBS, dan paling penting cara gaya menyemak jawapan.
kalau tak silap masa tuh ada 3 guru yang tak hadir. tak apa lah ..takda rezeki kot..Mungkin mereka boleh rujuk semula dengan guru-guru lain yang hadir kursus.

Tahun ni tahun penuh cabaran..di mana dengan keadaan guru yang ramai baharu mengajar subjek ni..serta pada masa yang sama perlu mengekalkan keputusan PM SPM tahun 2010. Realitinya bukan mudah untuk kekal..sangat senang untuk jatuh..dan sangat pyah untuk meningkatkan prestasi kepada tahap yang terbaik.

Boleh dikatakan hampir semua adalah guru baharu..hanya tinggal Pn CSY, En. GA, En. RL ..orang lama. yang lain baharu belaka. Inilah cabarannya..Namun bak kata pepatah..alah bisa tegal biasa.. Sebelum menjadi lama..sesuatu itu melalui proses baharu..Utk menjadi lama..dah tentu pelbagai cabaran, rintangan di hadapi.

Ini bermakna tahun ini..bukanlah bermakna keputusan PM kita akan merosot....namun sebaliknya akan melonjak naik mnjadi sifar gagal..JIKA semua guru lama dan baharu bersatu hati, berkongsi tenaga..dan berkongsi input..demi meningkatkan tahap kemahiran masing-masing yang seterusnya..membuahkan kejayaan cemerlang.

Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. jalan tersebut terbentang luas..hanya kita..(guru atau pelajar) yang perlu menggalinya.


Selamat BERjaya Untuk Rakan-Rakan Seperjuangan.. StudY hard..utk tahun pertama..tahun kedua..semua dalam tangan, semua dah tersimpan dalam memori..Kasi keluar sahaja bah.. adios